Teknik meninggalkan binatang peliharaan kesayangan anda di rumah selama seminggu..


Ruang tempat tinggal: Sebilik master room bersama tandas.

Peralatan: 2 aircond, tandas, sinki, dokumen kesihatan, tempat toilet training, 3 ikat kangkong, 1 bayam, 1 bungkus 1kg pallet, 1 tingkat tower pallet, 1 mangkuk rumput kering Botanical Hay, 7 bekas air dan 3 bekas air bertali.

Kondisi: Tingkap dibuka untuk peredaran udara dan air paip dibuka sedikit untuk menitiskan air ke dalam bekas. Jadi tidak lah dia dahaga dan sentiasa dibekalkan air yang segar dan bersih.

2 hari lepas kita memang telah pergi ke Jabatan veterinar untuk membuat tempahan boarding untuk haiwan2 bermalam dan dijaga oleh jabatan. sangat murah iaitu sehari Rm5 saja. Lebih murah berbanding dengan hotel haiwan swasta yang lain semasa aku berada di Rawang dahulu dimana ada yang mencecah RM80 semalam. Kos boarding binatang ini sangat mahal dan terpaksa ditinggalkan di klinik haiwan tertutamanya buat binatang anda yang sakit atau pun dioperate.

Bila difikir-fikir malas juga aku nak angkut Si Ping Ping ni pergi bandar time balik kena angkut balik. Hal ini tak brp kisah lah tapi masalah jangkitan penyakit dari haiwan2 lain yang merebak disitu merisaukan aku. penyakit macam kuku dan kutu terutamanya. takut merebak kat Si Ping Ping.


Baru sahaja tadi aku menyiapkan semua bekalan makanan, air aspek kebersihan dan kesihatan dia. Sebelum meninggalkannya selama seminggu ni, aku sikat badannya, potong kuku, cek telinga, cek gigi, cek ada kutu ke tak dan area2 yang sewaktu dengannya. hehe. Tapi untuk makluman member2 semua, arbab aku ni jenis bulunya tidak mudah dihuni oleh kutu lah sebab sangat tebal.hehe. Tebal tapi bukan panjang jenis Anggora.

Bekalan air, botol mineral aku potong dan letak sana sini, semua ada 10 jenis bekas air dan 3 botol diikiat di area aircond tu dan dibawah sinki tandas. keadaan air paip dilonggarkan untuk dibiarkan menitis untuk bekalan air terus ke bekas air juga.Malas hendak cerita panjang, inilah keadaan bilik yang dilengkapi untuk ditinggalkan Ping Ping ini.


Semua jenis makanan untuk bekalan 1 minggu telah disediakan. Kangkong dan bayam direndam dalam air supaya tahan lama, segar dan menghijau.
(ada 2 aircond yg belum dipasang disitu, tempat 2 bekas air yang diikat)




Tertera bekas hitam itu yang tepat untuk toiletnya
dan sebatang karot terbengkalai disitu
menandakan sidia sudah kekenyang.
Arnab boleh dilatih untuk 'toilet training'. :)




Paip air yang dilonggarkan menitis setitis demi setitis untuk bekalan air berkekalan.
Sebelum ini saya ada bucu pin utk botol 1.5 litter tapi telah hilang. harga lebih RM20 sahaja.

Maaf lah yek, nampak gambar ni macam comot dan mungkin jijik bagi sesetengah orang.. jadi aku labelkan dgn tag supaya lawa sikit.hehe. namun sedemikian, kebersihan lantai dan tempat tidurnya terjamin bersih dan bebas kuman, dimana merendamkan toilet tray nya dengan klorox dan lantai dibasmi kuman dengan jenama Kleenx.

Sekian laporan untuk tag "pet lover".

Selamat bercuti dan Cuti-Cuti Malaysia.. yang yang cuti-cuti Beijing tu, bawalah buah tangan untuk orang Malaysia... hehe.

0 Responses